
Kementerian Pedagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia
2025 bertemakan Jom Beli Lokal bagi menggalakkan sokongan secara berterusan terhadap produk tempatan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kempen itu adalah Langkah strategik untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi tempatan.
Ia juga membantu usahawan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan dalam perluasan jaringan pasaran, katanya.
Menurutnya, pada masa sama ikhtiar itu memberi ruang untuk menojolkan kualiti produk tempatan yang boleh menjadi pilihan utama dan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import.