Kembara Kitchen Pembekal Makanan Mangsa Bencana

Foto Channel 10 Malaysia

PUTRA HEIGHTS: Kembara Kitchen, sebuah organisasi sosial yang menyediakan makanan siap dimakan (Ready-to-Eat, RTE) telah mengedarkan puluhan ribu pek makanan di seluruh negara untuk mangsa banjir.


Menurut Pengasas Kembara Kitchen, William Cheah menerusi Program Bual Bicara Ngopi@Channel, untuk musim banjir 2025, organisasi itu menyediakan lebih 70,000 pek makanan siap dimakan.


Organisasi itu turut menyediakan 20,000 pek makanan tambahan untuk edaran segera kepada mangsa banjir di Kelantan. Pek makanan RTE turut diedarkan ke kawasan pedalaman yang sukar diakses di Sabah dan Sarawak. Kembara Kitchen ditubuhkan pada 2015 sebagai sebuah social enterprise dengan misi utama menyediakan bantuan makanan berterusan kepada mangsa pelbagai bentuk bencana.

Pek makanan RTE boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak, sesuai untuk keadaan darurat dan boleh disimpan sehiangga tempoh 2 tahun tanpa perlu disejukkan.


Selain Malaysia, Kembara Kitchen turut menghantar bantuan makanan ke kawasan krisis antarabangsa seperti Myanmar (gempa bumi 2025), Filipina (taufan 2024), Turkiye (gempa bumi 2023), dan Gaza (2023).