Kembalikan ‘kewarasan’ kalangan pemimpin politik dunia: Anwar

Foto BH

PUTRAJAYA: Keamanan dunia yang semakin teruji susulan perkembangan politik antarabangsa yang kian meruncing memerlukan kewarasan di kalangan pemimpin politik dunia.

Menzahirkan kebimbangan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keadaan itu menuntut lebih banyak kewarasan serta kebijaksanaan dalam kalangan pemimpin global bagi memastikan kestabilan dan keamanan sejagat terus terpelihara.

Perdana Mentei berkata, dalam suasana global yang semakin mencabar, kekuatan untuk terus bekerja keras serta memelihara perpaduan amat penting, bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

“Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus beriltizam bekerja lebih keras serta memelihara perpaduan dan juga kewarasan, bukan sahaja di sini, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Kebimbangan utama saya mengenai politik antarabangsa, yang tidak mahu saya sentuh panjang sekarang, ialah keperluan untuk mengembalikan kewarasan dalam kalangan pemimpin politik.

“Semoga Allah mengurniakan kita cahaya petunjuk itu, mungkin tidak terlalu diperlukan di rantau ini, tetapi di beberapa rantau lain,” katanya.