
KOTA BHARU: Kelantan merekodkan jumlah emas paling banyak yang belum diteroka berbanding negeri lain, menurut Pensyarah Kanan Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Mohd Syakir Sulaiman.
Beliau berkata lebih 50 tempat di Kelantan dikenal pasti berpotensi terdapat sumber emas.
Dr Mohd Syakir berkata, lokasi emas itu membabitkan beberapa daerah iaitu Gua Musang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai yang kini menjadi tumpuan pelombong.
“Kelantan setakat ini belum teroka sepenuhnya kawasan yang dikenal pasti terdapat bekalan emas yang menyebabkan hasil emas itu masih banyak berbanding negeri lain.
“Jika di negeri lain, mereka sudah teroka atau lombong emas sejak berpuluh tahun oleh syarikat besar yang menyebabkan simpanan emas mereka semakin mengecil, berbanding Kelantan,” katanya.