
Kebakaran besar berlaku di pergunungan barat Baitulmaqdis, merebak ke pemukiman penduduk dan pangkalan tentera, menyebabkan penduduk di sembilan pemukiman dipindahkan manakala beberapa kereta kebal Israel terbakar.
Jalan raya dari Baitulmaqdis ke Tel Aviv lumpuh akibat kebakaran itu sementara perayaan Hari Kemerdekaan Israel dibatalkan.
Israel mengisytiharkan darurat nasional dan meminta bantuan Itali, Croatia, Cyprus dan Greece untuk menolong memadamkan kebakaran. Ada anggota bomba yang berusaha memadamkan kebakaran dilapor terperangkap.
Api dipicu oleh suhu panas dan angin kencang walaupun media massa Israel menuding kebakaran itu disengajakan.
Kebakaran yang memusnahkan 6,000 ekar itu adalah yang terburuk dalam sejarah Israel.