
Malaysia terus menunjukkan daya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 5.1 peratus dengan nilai ekonomi mencecah RM1.65 trilion pada tahun lalu.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin, berkata pertumbahan positif tersebut dipacu oleh pelbagai sektor utama serta permintaan domestik yang kukuh meskipun berdepan risiko ketidaktentuan global sepanjang tahun lalu.
Jelasnya, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar ekonomi negara merekodkan pertumbuhan yang mana 5.3 peratus didorong terutamanya oleh industri berorientasikan pelancongan.
Sektor pembuatan puka meningkat 4.2 peratus disokong oleh permintaan produk elektrik & elektronik (E&E) global yang lebih kukuh.
“Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan turut diperlihatkan menerusi prestasi ekonomi di semua negeri yang merekodkan pertumbuhan positif pada tahun 2024,” katanya.