
PUCHONG: Manipulasi pemborong adalah antara punca kenaikan harga ikan di negara ini dan bukan sahaja disebabkan musim tengkujuh atau kekurangan hasil tangkapan nelayan semata-mata.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil, berkata nelayan tetap ke laut mengikut keadaan cuaca, namun pemborong menyimpan bekalan yang banyak sebelum mengeluarkannya ketika stok kurang, menjadi antara punca utama harga melambung.
“Pemborong memborong bekalan ketika musim ikan melimpah dan menyimpannya dalam ‘bilik sejuk’, kemudian mengeluarkannya ketika bekalan pasaran kurang sambil mengambil kesempatan menaikkan harga.
“Hakikatnya bekalan itu sudah ada, cuma dikeluarkan secara berperingkat untuk mengambil kesempatan atas sentimen pasaran,” katanya