“Kapal hantu” ditunda ke Kemaman

Foto Berita Harian

“Kapal hantu” yang ditemui hanyut di Pelantar Semangkok A, Terengganu sejak 12 Ogos lalu ditunda ke Kemaman Supply Base (KSB), semalam.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab, berkata operasi bersepadu menunda kapal itu disertai 62 anggota membabitkan pelbagai agensi keselamatan serta industri minyak dan gas.

Menurutnya, operasi menyelamat kapal terbabit diselaraskan bersama Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan, Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur, Petronas serta kerjasama beberapa agensi swasta.

“Sebuah helikopter Dauphin AS 365 N3 digunakan sebagai aset pemantauan udara bagi memantau pergerakan ‘kapal hantu’ dan keselamatan pasukan di laut.