Kalahkan Nepal 2-0/TMJ beri duit raya

Dapat duit raya selepas menewaskan pasukan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim. (Foto AFC)

Pemain, jurulatih dan staf sokongan Harimau Malaya diulit kegembiraan apabila bukan sahaja menewaskan Nepal 2-0 malah menerima duit raya daripada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Baginda berkenan memberikan duit raya kepada mereka sebagai tanda menghargai usaha dan dedikasi pemain, barisan jurulatih dan staf sokongan.

Majlis berlangsung di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor.

Sementara itu, Faisal Halim yang genap setahun tidak beraksi bersama Harimau Malaya sejak insiden disimbah asid, bersyukur apabila diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Nepal.

Faisal yang menggantikan Dion Cools berterima kasih kepada TMJ, ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Peter Cklamovski dan Persatuan Bolasepak Malaysia kerana memberinya semangat dan peluang untuk bermain dalam perlawanan itu.

Kali terakhir Faisal menyarung jersi kebangsaan adalah Ketika menentang Oman dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.