
Kadar keuntungan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah kawal selia kerajaan, harga keuntungan boleh diperoleh oleh TNB kekal sebanyak 7.3 peratus dalam Tempoh Kawal Selia Ke-4 (RP4) dari 2025 hingga 2027.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata kadar keuntungan TNB kekal pada 7.3 peratus dalam RP4 sama seperti kadar ditetapkan dalam Tempoh Regulatori Kedua (RP2) pada 2018.
“Sekiranya TNB mencatatkan keuntungan melebihi kadar ditetapkan, lebihan itu akan dipulangkan semula kepada pengguna melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik,” katanya.
Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai jumlah keuntungan tahunan dan tambahan keuntungan boleh diperoleh oleh TNB selepas kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.2 peratus ke atas sektor komersil pada 1 Julai.