
KUALA LUMPUR: Kadar tol di 10 lebuhraya utama di seluruh negara dikekalkan pada tahun depan untuk melindungi kebajikan rakyat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata 10 lebuh raya itu ialah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).
Selain itu, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) turut dikekalkan kadar tol.
“Keputusan ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia, yang kerajaan bersetuju supaya rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang kenaikan.