Kadar kes Influenza di Kelantan meningkat

Foto Hiasan

KOTA BHARU: Influenza di Kelantan meningkat kepada 514 kes membbitkan babit lima membabitkan lima kluster sepanjang tempoh tahun ini kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang tidak merekodkan sebarang kluster.

Bagaimanapun, katanya, keadaan masih terkawal dan tiada pesakit yang dijangkiti teruk.

“Memang berlaku peningkatan di Kelantan kerana tempoh sama tahun lalu kita tidak merekodkan sebarang kluster berbanding tahun ini terdapat lima kluster.

“Semua lima kluster berkenaan adalah kluster institusi pendidikan membabitkan pelajar sekolah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa) di sini, malam semalami.

Dr Zaini menasihatkan mereka yang bergejala supaya memakai pelitup muka walaupun ia tidak diwajibkan.

“Pihak sekolah juga diminta untuk memantau kesihatan murid selain memberi kefahaman kepada ibu bapa.

“Mereka yang tiada keperluan keluar juga dinasihatkan tidak berada di lokasi orang ramai dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai tanda-tanda bagi mengelakkan berlaku kemudaratan,” katanya.