
Nisbah jantina bagi kelahiran hidup adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Selangor mencatat bilangan kelahiran tertinggi dengan 18,254 kelahiran (19.5%).
Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatat jumlah terendah dengan hanya 278 kelahiran (0.3%).
Golongan ibu berusia antara 30 hingga 39 tahun mencatat 49,816 kelahiran (53.3%), diikuti oleh kumpulan umur 20 hingga 29 tahun (39.3%).
Hanya 1.4 peratus kelahiran melibatkan ibu berumur kurang daripada 20 tahun, manakala terdapat tiga kelahiran dicatatkan oleh ibu yang berusia 55 tahun dan ke atas.