Kadar inflasi terendah sejak 2020

Gambar Hiasan

Kadar inflasi negara hanya 1.2 peratus pada Mei 2025, iaitu terendah dalama tempoh 51 bulan sejak 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut jabatan itu, mata indeks Harga pengguna meningkat kepada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan sama tahun sebelumnya.

Penurunan kadar inflasi ini konsisten dengan trend global yang turut mencatatkan peningkatan perlahan, selaras dengan penyusutan harga minyak dunia.

Negara seperti Eurozone dan Korea Selatan masing-masing merekodkan inflasi 1.9 peratus, Indonesia (1.6 peratus) dan Filipina (1.3 peratus).