
Kad Pekerja Madani, inisiatif untuk sejuta ahli kesatuan pekerja menerima akses diskaun 30 peratus di lebih 100 syarikat yang menawarkan barangan keperluan dan perkhidmatan, dilancarkan pada Hari Buruh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengumumkan pengenalan kad itu ketika menyampaikan amanat sempena Hari Buruh.
“Kad perkerja Madani ini untuk memberi ruang kepada ahli kesatuan yang ada kad pekerja,” katanya.
Kad Pekerja Madani diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia sebagai medium penyampaian faedah bersasar melalui pendekatan kerjasama strategik di antara kerajaan dan swasta.
Ia bertujuan mengurangkan kos sara hidup warga pekerja khususnya ahli kesatuan pekerja. Antara syarikat terbabit menawarkan akses diskaun ialah AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, Old Town White Coffee, Zuss Coffee, SOCAR dan Bateriku.