Jurulatih bolasepak disyaki liwat remaja lelaki ditahan

Foto Hiasan

KOTA TINGGI: Seorang jurulatih bolasepak ditahan kerana disyaki meliwat dan mencabul seorang remaja lelaki di sebuah pondok di hadapan kediamannya di Kampung Gembut, Tanjung Sedili di Kota Tinggi, Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Yusuf Othman mangsa berusia 15 tahun itu membuat laporan sehari selepas kejadian.

Jurulatih berusia dalam lingkungan 50-an itu semasa berada di kampung berkenaan pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

“Mereka adalah jiran dan kejadian itu pertama kali berlaku. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya

satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari hingga hari ini.