
KUALA LUMPUR: Baby, kucing betina yang comel sekali lagi dipilih juara dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa anjuran Persekutuan Kucing Antarabangsa (Fife) yang berlangsung di Bucharest, Romania, Ahad lalu.
Haiwan kesayangan pasangan suami isteri Shaharudin Shuib, 47, dan Rooaida Mohd Darus, 43, itu membawa tuah apabila berjaya mengekalkan kejuaraan dunia yang diperolehnya tahun lalu.
Rooaida berkata, mereka tidak menyangka akan memenangi pertandingan terbabit namun tetap gembira dengan kemenangan kali kedua itu.
Menurutnya, penyertaan dua haiwan kesayangannya iaitu Baby dan Miko dalam pertandingan luar negara kali ini mendapat tajaan penuh daripada sebuah jenama makanan haiwan.
“Baby adalah kucing yang sangat sopan dan tenang di atas meja juri. Selain daripada warnanya yang menarik, Baby juga memiliki aura yang tersendiri sehingga mampu memikat hati juri.