
Enam belas penumpang bas ekspres dan bas persiaran disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah kerana tidak memakai tali pinggang keledar, kata Pengarahnya, Stien Van Lutom.
Tindakan itu diambil dalam satu operasi khas penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres dan bas persiaran.
Beliau berkata, 18 bas di periksa dalam operasi itu di mana 14 adalah bas ekspres dan empat lagi bas persiaran.
Mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar dikompaun RM300 setiap seorang manakala penumpang di bawah umur 18 tahun diberikan nasihat.