
PUTRAJAYA: “Pade Ajak”, sindiket penyeludupaan migran berjaya ditumpaskan menerusi siri serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di beberapa lokasi sekitar Kuala Selangor pada 11 November lalu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban, berkata sindiket itu aktif sejak 2023 dan mengenakan bayaran RM1,500 hingga RM2,100 setiap individu.
.
Menurutnya, serbuan pertama di premis transit migran menghasilkan tangkapan sembilan warga Indonesia dan transporter, manakala serbuan kedua di rumah teres dua tingkat menahan enam migran dan tiga penjaga rumah.
Migran mendapatkan khidmat sindiket melalui media sosial, katanya.
“Kenderaan dirampas termasuk wang tunai dan JIM kesan pemilik premis tempatan bersekongkol dan sedang disiasat di bawah Akta 670,” katanya.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati sindiket “Pade Ajak” beroperasi lebih dua tahun sejak awal 2023 dengan rangkaian operasi melibatkan ejen di Malaysia dan dalang utama di Indonesia.
“Sindiket menggunakan media sosial untuk menawarkan perkhidmatan membawa masuk dan keluar migran melalui laluan tidak diwartakan,” katanya.