
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia belum menerima maklumat berhubung Low Taek Jho atau Jho Low didakwa menetap di kawasan elit di Shanghai, China, dengan menggunakan pasport palsu Australia.
Justeru, Perdana Menteri berkata, beliau akan menyemak dengan Menteri Dalam Negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.
“Saya tidak dapat maklumat. Kita (Malaysia) belum dapat apa-apa maklumat. Bagi saya semak dahulu… saya sudah baca (laporan berita).
“Saya akan ‘check’ (semak) dengan Menteri Dalam Negeri,” katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah Kompleks Madani Teluk Kumbar di sini.