
KOTA KINABALU: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah mengangkat sumpah jawatan di Istana Seri Kinabalu, di sini petang semalam.
Kabinet baru Sabah itu dibentuk selepas tujuh Adun Gabungan Rakyat Sabah dan masing-masing satu mewakli Pertubuhan Kinabalu Progresif Besatu (UPKO), Barsan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan di Istana Seri Kinabalu.
Majlis angkat sumpah membabitkan tiga jawatan timbalan ketua menteri dan tujuh menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, dengan turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Turut menyaksikan majlis angkat sumpah itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.
Berikut senarai Kabinet baru Sabah:
TIMBALAN KETUA MENTERI
- Timbalan Ketua Menteri I: Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (GRS-Kundasang) – Kerja Raya dan Utiliti
- Timbalan Ketua Menteri II: Datuk Seri Masidi Manjun (GRS-Karanaan) – Kewangan
- Timbalan Ketua Menteri III: Datuk Ewon Benedick (UPKO–Kadamaian) – Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
MENTERI:
- Datuk Arifin Arif (GRS-Membakut) – Kerajaan Tempatan dan Perumahan
- Datuk Jamawi Jaafar (PH-Melalap) – Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
- Datuk Rubin Balang (GRS-Kemabong) – Pembangunan Luar Bandar
- Datuk James Ratib (GRS-Sugut) – Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
- Datuk Jafry Ariffin (BN-Sukau) – Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
- Datuk Julita Mojungki (GRS-Matunggong) – Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti
- Datuk Nizam Titingan (GRS-Apas) – Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif