
Seramai 80 jemaah haji yang dijadual berlepas ke Makkah terpaksa membatalkan Hasrat mereka apabila mereka dikatakan ditahan di KLIA. Mereka dikatakan ditahan oleh kerana menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.
Difahamkan, siasatan awal mendapati Jemaah terkandas itu dijanjikan visa mujamalah namun gagal mendapatkannya sebelum diberikan visa pelancong. Seorang pegawai task force berkata jemaah dijanjikan visa mujamalah tetapi kerana masalah teknikal pada sistem Nusuk, visa itu tak dapat dikeluarkan.