‘Jangan ada kegiatan songsang di Pahang’

Foto FB Kesultanan Pahang

KUANTAN: Pahang mesti bebas daripada kegiatan tidak bermoral atau songsang, titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda mengakui terkejut terhadap perkara berkenaan dan berharap agar sebarang kegiatan seumpamanya dihentikan.

“Saya harap ini tidak berlaku di Pahang dan saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini,” titah baginda dalam satu hantaran di Facebook Kesultanan Pahang di sini semalam.

Al-Sultan Abdullah turut meminta Majlis Perbandaran serta pihak berkuasa daerah memantau sebarang kegiatan seumpama ini.