JAIM Siasat Hotel Mesra Gay di Melaka

Foto JAIM

MELAKA: Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal-Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyiasat dakwaan sebuah hotel dipercayai ‘mesra gay’ di negeri itu.

Dakwaan itu tular di media sosial sejak semalam.

“Saya sudah mengarahkan JAIM untuk menyiasat dakwaan itu,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung memuat naik satu hantaran di laman sosialnya berkaitan perkara itu.

“Selain ‘pet-friendly mall’, Malaysia juga memiliki ‘family friendly’, ‘child friendly’ dan yang terbaru ‘gay friendly’ hotel di Melaka.

“Agak kreatif penjenamaan. Label ‘Muslim friendly’ pun boleh dijadikan bisnes, apatah lagi ‘gay friendly’,” katanya