
Suruhanjaya Tenaga semalam mengumumkan jadual tarif elektrik baru yang akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 sehigga 31 Disember 2027.
Menurut suruhanjaya itu, 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menikmati kadar elektrik lebih adil dan progresif serta pengurangan purata kos sehingga 19 peratus.
Majoriti pengguna domestik tidak terkesan malah pengguna cekap tenaga akan menikmati penjimatan lebih tinggi melalui skim Masa Penggunaan (TOU) dan format bil elektrik baru yang lebih terperinci.
Bantuan seperti Rebat Bil Elektrik RM40 diteruskan untuk keluarga miskin tegar manakala institusi pendidikan, rumah ibadat dan rumah kebajikan layak menerima rebat 10 peratus.