Isu sijil halal: Tiada cubaan lindungi syarikat, kata JAKIM

Foto NSTP

IPOH: Tiada cubaan untuk melindungi pihak tertentu susulan dua syarikat pengeluar produk kopi dan biskut tempatan diminta menarik balik produk dari pasaran serta-merta selepas sijil halal mereka dibatalkan.

Pembatalan sjili halal dua syarikat itu berikutan isu penggunaan berus bulu babi.

Beberapa pihak sebelum ini mempersoalkan poster dikeluarkan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaparkan butiran nama dua syarikat produk kopi dan biskut di Melaka yang dilapor ditarik balik pensijilan halal selepas dipercayai menggunakan berus bulu babi dalam penghasilan produk.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata tindakan Bahagian Dakwah Jakim menyiarkan poster memaparkan nama dua syarikat terbabit melalui satu hantaran Facebook sebelum dipadam, adalah satu kesilapan dan berkait dengan masalah teknikal jabatan.

Beliau berkata Bahagian Dakwah bukan saluran rasmi Jakim yang bertanggungjawab khusus dalam menjalankan pensijilan halal di Malaysia bersama jabatan agama Islam negeri, sebaliknya ia dilakukan oleh Bahagian Pengurusan Halal.

Katanya, dakwaan syak dan tuduhan menyatakan tindakan memadam hantaran poster terbabit sebagai menyembunyikan sesuatu atau melindungi mana-mana pihak adalah sangat tidak adil.

Menurutnyaa, ia hanya bersangkutan perkara teknikal dalam hierarki jabatan.

“Di mana-mana agensi sekali pun ada saluran rasmi, dan apabila Bahagian Dakwah Jakim membuat kenyataan lalu menarik balik maka itulah yang dijadikan isu.