Isu Palestin: Anwar puji Maldives

Foto X @AnwarIbrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanjung langkah berani Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu menyekat pemegang passport Israel daripada memasuki negara itu.

Langkah itu adalah sebagai tanda solidariti terhadap kekejaman yang dilakukan Israel terhadap warga Palestin, katanya di forum Perniagaan Maldives-Malaysia 2025..

Dr Mohamed Muizzu berada di sini atas rangka lawatan rasmi pertama beliau sejak menjadi presiden November 2023.

Anwar juga menegaskan Malaysia sedang menggiatkan ikhtiar memperkukuh kerjasama dalam Asean dan negara jiran lain seperti Maldives.

Katanya, Malaysia juga perlu meluaskan pembabitannya melangkaui rantau ini ke negara-negara sahabat yang berkongsi aspirasi bersama.

Terdahulu Anwar dan Muizzu menyaksikan pertukaran tiga memorandum persefahaman dan dua perjanjian meliputi pelbagai sektor bagi mengukuhkan kerjasama.