
Langkah Iran membalas serangan biadab dan gila Israel adalah wajar demi mempertahankan hak dan kedaulatan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, Malaysia berpegang teguh pada prinsip membela negara yang dizalimi, termasuk Iran.
“Beberapa hari lalu, Irana diserang oleh Israel, senang-senang bunuh saintis, pegawai tentera…mana ada negara boleh biadab, khianat, gila seperti Israel.
“Orang Islam lebih satu bilion, negara Islam kaya…tetapi tak berupaya nak bercakap dan pertahankan Iran pun tak ramai,” katanya.