
KUALA LUMPUR: Israel mendera sukarelawan Malaysia yang ditahan dengan memukul muka, menarik rambut dan memberi mereka ‘makanan haiwan’
Peguam yang mewakili 23 aktivis berkenaan, Fahmi Abd Moin, mendedahkan perkara itu berdasarkan hasil perbualan secara kasual dengan mereka di Istanbul, Turkiye.
Fahmi berkata, pasukan peguam akan mengumpulkan semua maklumat terbabit sebelum mempertimbang untuk menghantar laporan lengkap kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).
“Melalui perbualan secara kasual, mereka menyatakan diberi layanan buruk seperti rambut ditarik, dipukul di muka dan diberikan makanan yang kalau diikutkan maksudnya – makanan kepada binatang.
“Mereka juga minum air paip dari tandas penjara… semua kisah ini akan kami kumpulkan sejurus balik ke Kuala Lumpur nanti,” katanya.