Intipati Perutusan Tahun Baharu 2026

Foto Jabatan Penerangan

PUTRAJAYA: Pembayaran Sumbangan Asas Rahman (SARA) sebanyak RM100 kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari ini manakala pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan dibuat bermula 20 Januari ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat perutusan Tahun Baharu 2026, pagi tadi.

Menurut beliau, ia sebagai persiapan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan.

Anwar turu mengumumkan beberapa perkara lain dan berikut adalah intipati Perutusan Tahun Baharu 2026.

  • SARA RM100 kepada warganegara 18 tahun ke atas dikreditkan pada 9 Februari.
  • Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan dibuat bermula 20 Januari ini.
  • RUU hadkan tempoh jawatan PM bakal dibentangkan di Parlimen tahun ini.
  • Peruntukan naik taraf sekolah RM80 juta diberikan kepada SJKC, RM50 juta kepada SJKT.
  • Gaji hakim mahkamah dinaikkan selepas 10 tahun tiada kenaikan.
  • Sistem digital perlu dimulakan secara serius bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
  • Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat akan dibentang dan diluluskan di Parlimen tahun ini.
  • Pemisahan kuasa pendakwa raya dan peguam negara adalah undang-undang pertama yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen tahun ini.