
SHAH ALAM: Malaysia naik tangga ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025, menunjukkan peningkatan berbanding ke-57 pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan CPI 2025 yang diumumkan Transparency International Malaysia (TI-M) pada Selasa, Malaysia juga mencatatkan skor 52 mata, meningkat daripada 50 mata bagi 2024 dan 2023.
Presiden TI-M, Raymon Ram berkata, ia berdasarkan 13 kajian dan penilaian pakar yang mengukur persepsi tahap rasuah sektor awam di 182 negara serta wilayah di seluruh dunia.
“Peningkatan ini juga membuktikan usaha pencegahan antirasuah, tindakan penguatkuasaan dan komitmen tadbir urus diiktiraf pada peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.