Imbuhan RM163,715 untuk Aaron-Wooi Yik

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara bergaya di Kejohanan Badminton Asia 2025 selepas mencatat kemenangan meyakinkan di Ningbo, China. Foto Badminton Asia’s Facebook

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bukan sekadar menjadi Raja Beregu Badminton Asia malah memenangi hadiah wang tunai RM163,715 selepas menjuarai kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, kelmarin.

Pasangan beregu negara itu menewaskan pasangan tuan rumah Chen Bong Yau-Liu Yi 21-19, 21-17 dalam perlawanan akhir untuk menamatkan kemarau 18 tahun negara dalam kategori berkenaan. Terdahulu pasangan China ini mengalahkan Nur Izuddin dan Goh Sei Fei.

Kali terakhir Malaysia memenangi acara itu adalah menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada 2007.

Turun sebagai pasangan ranking ke-6 dunia, Aaron-Wooi Yik bermain secara agresif sehingga sukar ditandingi Bo Yang-Liu Yi.

Barangkali apa yang diterapkan oleh jurulatih Herry Naga Api dari Indonesia dalam permainan Aaron-Wooi Yik sudah mula menampakkan hasil dan menamatkan permainan dalam tempoh 47 minit.