Ibadah haji bermula 4 Jun

Foto Astro Awani

Arab Saudi mengumumkan ibadah haji bagi tahun ini akan bermula pada 4 Jun susulan cerapan anak bulan yang menandakan permulaan bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam.

Tarikh itu diumumkan oleh Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi negara itu Saudi Press Agency.

Menteri Haji Arab Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah memaklumkan lebih sejuta jemaah dari seluruh dunia sudah tiba di negara itu bagi menunaikan ibadah haji.

Tahun lalu, 1.8 juta umat Islam menunaikan ibadah haji, menurut angka rasmi pihak berkuasa Arab Saudi.