
KUALA LUMPUR: Hutang negara secara keseluruhannya bertambah berikutan beban faedah hutang lama yang diwarisi dan bukan disebabkan pinjaman baru, kata Datukk Seri Anwar Ibrahim.
Menolak keras dakwaan pembangkang berhubung perkara itu, Perdana Menteri, berkata rekod jelas menunjukkan hutang baru berkurang
“Apa yang menjadi isu kerana sesetengah rakan di sebelah saya (pembangkang) kata hutang bertambah.
“Tidak benar. Hutang baru kerajaan itu kurang. Saya sudah baca banyak kali iaitu hutang daripada RM100 bilion, turun kepada RM90 bilion, turun RM80 bilion, turun RM70 bilion. Itu yang kita lakukan.
“Tetapi hutang keseluruhan dengan bunga (faedah), barulah dia berkembang. Jadi janganlah kata kerajaan sekarang (buat) hutang baru. Tidak betul,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), di Dewan Negara semaalam.
Perdana Menteri berkata, kerajaan Madani turut komited mengurangkan defisit fiskal walaupun ia sering menjadi polemik politik yang tidak berkesudahan.