
Hutang isi rumah Malaysia mencecah RM1.65 trilion atau bersamaan dengan 84.3 peraatus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun aset kewangan isi rumah adalah 2.1 kali lebih besar yang memberi penampan kewangan yang kukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ling.
Langkah kawal selia kredit diteruskan dengan pinjaman institusi kewangan tertakluk kepada dasar Bank Negara Malaysia sejak 2012, dengan nisbah khidmat hutang (DSR) kekal dalam paras hemat (34 peritus – 41 peratus).
Sokongan kewangan disediakan kepada rakyat. AKPK membantu lebih 64,000 peminjam selesaikan hutang sepenuhnya, manakala 270,000 lagi aktif dalam Program Pengurusan Kredit.
Bagaimanapun, beliau berkata nilai aset kewangan isi rumah adalah melebihi jumlah hutang yang mana menandakan kedudukan kewangan rakyat secara keseluruhannya masih kukuh.