
KUALA LUMPUR: Daruk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi setuju agar hukuman rotan dikembalikan di sekolah. Bagaimanapun, Perdana Menteri mahu pelaksanaannya disertai dengan syarat ketat dan tidak dilakukan di khalayak umum.
Beliau mengakui, terdapat pandangan daripada kumpulan hak asasi manusia yang menganggap tindakan rotan termasuk dalam kategori penderaan
Oleh itu, beliau mencadangkan hukuman rotan dilakukan di tangan oleh guru tertentu di bilik disiplin, dengan jumlah maksimum rotan ditetapkan bagi mengelakkan ia menjadi bentuk penderaan.
Perlu ada libat urus oleh Kementerian Pendidikan sebelum dasar itu dimuktamadkan,katanya..
Beliau berkata, ia termasuk memastikan hukuman rotan itu tidak dilakukan di khalayak umum.
“Saya pernah jadi guru dan saya ingat puluhan anak-anak saya dah rotan, tapi di tangan, tentunya tidak teruk sangat, sehingga nampak seperti penderaan,” katanya.
Katanya, beliau memahami ada kontroversi namun ramai pendidik dan ibu bapa berpandangan, terdapat keperluan untuk melaksanakannya.
“Ada beberapa peraturan, jadi saya fikir, ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang kerana kenakalan anak-anak adalah satu perkara biasa, namun jika melanggar peraturan secara berlebihan, tentunya perlu ada hukuman. Cuma ini sekadar pandangan dan bukan dasar kerajaan,” ujarnya.