
KUALA LUMPUR: Hujan lebat diramal berlakau sehingga awal tahun depan di beberapa negeri susulan monsun timur laut yang bermula pertengahan November ini.
Pusat Iklim Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, tinjauan cuaca jangka panjang bagi November tahun ini hingga April 2026 berdasarkan konsensus beberapa model tinjauan iklim.
Ia termasuk NCEP Coupled Forecast System Model Version 2 (CFSv2), JMA Ensemble Prediction System (Tokyo Climate Centre), World Meteorological Organization Lead Centre for Long-Range Forecast Multi-Model Ensemble dan beberapa model lain.
“Episod hujan lebat dijangka bermula di Kelantan dan Terengganu seawal November dan berkemungkinan berterusan pada Disember ini hingga Januari 2026.