
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat, terutama generasi muda, menghidupkan semula semangat membaca demi meningkatkan ilmu dan martabat negara.
Beliau berkata, minat membaca perlu dipupuk lebih daripada sekadar pemberian buku kerana cabaran media sosial turut mempengaruhi perhatian anak muda.
Katanya, tanpa menimba ilmu menerusi semangat membaca, negara tidak boleh bersaing atau memperbaiki penguasaan Bahasa ilmu dan teknologi.
Anwar juga mengulangi pendirian bahawa untuk tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri manakala menteri lain masih mengekalkan potongan gaji 20 peratus.