
KUALA LUMPUR: Menteri-Menteri Luar Asean berharap permusuhan di sepanjang sempadan bersama Thailand dan Kemboja kedua-dua negara dapat diredakan secepat mungkin.
Mereka mengalu-alukan sambungan semula perbincangan di antara kedua negara untuk meneruskan gencatan senjata dan menghentikan permusuhan.
Mereka menyatakan harapan agar permusuhan di sepanjang sempadan bersama kedua-dua negara dapat diredakan secepat mungkin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri-Menteri Luar Asean berkata, mereka mengalu-alukan usaha itu yang dijadualkan berlangsung esok.
“Jawatankuasa Sempadan Am (General Border Committee – GBC) akan bersidang bagi membincangkan pelaksanaan dan pengesahan gencatan senjata.
“Menteri-Menteri Luar Asean menyatakan harapan agar ketegangan dapat diredakan secepat mungkin,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Asean di sini hari ini.
Mesyuarat khas itu diadakan bagi membincangkan situasi berterusan di antara Kemboja dan Thailand, susulan keputusan yang dibuat Perdana Menteri Malaysia, Kemboja dan Thailand pada 11 Disember lalu.