Harga Rokok Naik Lagi

Foto Hiasan / AI

PETALING JAYA: Harga rokok naik lagi. British American Tobacco (M) Bhd mengumumkan akan menaikkan harga jenama-jenama rokoknya bermula 21 November, selaras dengan kenaikan duti eksais yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata harga rokok yang disemak semula itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bermula 1 November, duti eksais ke atas rokok meningkat sebanyak dua sen bagi setiap batang sebagai sebahagian usaha kerajaan mempromosikan gaya hidup lebih sihat.

Harga baru adalah seperti berikut:

Dunhill – RM18.20 (RM17.70 harga lama)
Benson & Hedges – RM18.40 (RM17.90)
Peter Stuyvesant – RM16.70 (RM16.20)
KYO – RM14.00 (RM13)
Rothmans – RM12.90 (RM12.40)
Luckies – RM12.40 (RM12)

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Nedal Salem, berkata kenaikan eksais yang ‘sederhana’ oleh Putrajaya adalah langkah yang betul memandangkan kenaikan terakhir berlaku sedekad lalu.