
KUALA LUMPUR: Emas, yang sering menjadi pilihan pelabur ketika ketidaktentuan, melonjak ke paras tertinggi pada AS$4,690.59 (RM19,040), manakala perak mencecah AS$94.12 (RM382.13).
Di pasaran saham, Tokyo, Hong Kong, Shanghai, Sydney, Singapura dan Wellington mengalami kejatuhan, namun Seoul dan Taipei mencatatkan kenaikan.
Dolar Amerika Syarikat juga melemah berbanding mata wang utama lain, dengan euro, pound sterling dan yen masing-masing mencatatkan pengukuhan.
Harga emas dan perak naik ke paras tertinggi baru disebabkan kebimbangan perang perdagangan pasca ancaman Presiden Amerika Donald Trump kepada beberapa negara Eropah.
Trump mengancam akan mengenakan tarif tambahan ke atas lapan negara Eropah kerana isu pembelian Greenland.
Ancaman tarif itu mencetuskan reaksi negatif daripada negara-negara Eropah, yang mereka anggap melemahkan hubungan transatlantik.
Kesatuaan Eropah (EU) merancang untuk mengaktifkan instrumen antipaksaan terhadap Amerika Syarikat dan membincangkan tarif balas berjumlah €93 billion.
Pasaran saham global mencatatkan kejatuhan manakala nilai mata wang utama menguat berbanding dolar Amerika.