
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tenaga Nasional (TNB) komited menyediakan peruntukan RM43 bilion untuk menaik taraf infrastruktur grid nasional.
Beliau berkata, usaha menaik taraf itu akaan menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dan system penyimpangan tenaga bateri untuk membina daya tahan dan fleksibiliti yang lebih besar pada depan.
” Kita mesti melabur untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pelepasan dalam sistem tenaga sedia ada. Ini tugas sukar memandangkan bahan api fosil masih menyumbang hampir 80 peratus daripada bekalan global.
“Paling penting peralihan ini mesti berteraskan kesaksamaan,” katanya dalam ucaptama beliau di persidangan Energy Asia 2025.
Beliau juga mengingatkan bahawa usaha penyahkarbonan yang mengabaikan keperluan golongan miskin dan rentan berisiko meningkatkan lagi ketidaksamaan.