Graduan Doktor Perubatan Tertua Bernama Uncle Jet

Foto Berita Harian

GEORGETOWN: Ng Jet Kwan, 57, atau Uncle Jet bukan sembarangan warga emas. Bekas jurutera itu berjaya meraih Ijazah Doktor Perubatan di upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) Ke-63.

Buan setakat itu saja, Uncle Jet adalah graduan tertua yang berjaya menamatkan pengajian bidang perubatan di Malaysia, setakat ini.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu memendam hasrat menjadi doktor sejak kanak-kanak. Namun selepas tamat sekolah menengah dirinya tidak mendapat tempat sebelum memutuskan meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Pada awal 1990-an, peluang sangat terhad kerana hanya ada empat Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan program perubatan di Malaysia, menjadikan persaingan sangat tinggi dan sukar mendapat tempat ketika itu.

Ibu bapanya penjaja tetapi cita-cita itu tidak pernah padam dan mendaftar di USM pada 2021 ketika berusia 51 tahun selepas kedua-kedua anak tamat belajar.