Google Walk Elak Jemaah Sesat

Tabung Haji memperkenalkan platform pandu arah baru yang dinamakan Google Walk untuk membantu jemaah haji memastikan jalan pulang ke bangunan penginapan.

Platform yang berasaskan Google Maps itu diperkenalkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Haji untuk menjamin jemaah haji tidak tersesat.

Pengarah Operasi Maktab Tabung Haji, Mohd Fahmi Kamarudin, berkata platform itu dibangunkan khusus untuk kegunaan jemaah haji Malaysia yang menetap di tujuh bangunan penginapan jemaah di Makkah.

“Platform itu telah dikongsi dengan jemaah melalui kumpulan WhatsApp Tabung Haji. Kemudahan ini boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan teksi atau bas tempatan bagi memudahkan perjalanan pulang,” katanya.