Genocide Survivor ucap terima kasih Malaysia

Foto Fail / Reuters

KUALA LUMPUR: Dengan emosi yang sangat mendalam, Pengerusi Muslim Care (MCM) Palestin, Abu Ayesh Annajar, menghantar mesej sangat meruntun perasaan melalui Whaatsapp dari Gaza.

“Terima kasih saudara kami di Malaysia. Anda mengangkat semangat dan memenuhi hati kami dengan keberanian. Kami terhutang budi kepada anda,” tukisnya dalam sej berkenaan.

Dikenali sebagai Genocide Survivor, dia sebelum ini pernah cedera dan beberapa kali terselamat dalam serangan bom tentera Zionis Israel sejak kekejaman bermula Oktober 2023.

“Ketika ini ratusan ribu penduduk Gaza terpaksa berpindah randah ke selatan Tebing Gaza dalam keadaan panik dan keliru. Tiada tempat selamat, tiada destinasi jelas. Yang ada hanya laluan panjang berdebu menuju ke kawasan dikatakan selamat.

“Wanita dan kanak-kanak Palestin antara mangsa paling menyedihkan. Mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka atau khemah pelarian di utara dan tengah Gaza akibat serangan bertubi-tubi tentera rejim Zionis.

“Mereka hanya terdaya mengheret guni atau beg kecil berisi pakaian serta barang keperluan asas. Barisan panjang penduduk Palestin ini melangkah longlai ke arah selatan Gaza iaitu kawasan yang sebelum ini turut menjadi sasaran bedilan Israel.

“Keletihan menyelubungi wajah mereka dengan harapan dan masa depan semakin pudar,” katanya.