
Peniaga kecil seperti Makcik Kiah tidak perlu beralih kepada penggunaan gas petroleum cecair komersil yang berwarna ungu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh, berkata golongan itu masih boleh menggunakan tong gas bersubsidi dengan syarat tidak melebihi tiga tong gas 14-kilogram pada satu-satu masa dengan jumlah maksimum 42 kilogram.
“Maknanya kalau guna satu tong untuk goreng pisang, satu untuk mi dan satu untuk air, Makcik Kiah masih layak guna tong gas hijau bersubsidi. “Tak perlu tukar tong gas ungu,” katanya.