
Gara-gara tidak mengisytihar sebiji epal yang tersimpan dalam beg, Datin Seri Umie Aida didenda Biosekuriti New Zealand sejurus tiba di Lapangan Terbang Auckland baru-baru ini.
Beliau yang nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali didenda NZ$400 atau kira-kira RM1,024 selepas epal yang dibawanya dalam beg dikesan alat pengimbas pegawai Imigresen.
Umie Aida mengakui kekhilafan itu dan menyifatkan pengalaman itu sebagai takdir yang tidak diduga.
“Saya tak bawa makanan ke New Zealand kerana ingin memudahkan urusan imigresen. Tetapi ketika berada di lounge Mas Airlines, saya ambil sebiji epal dengan niat hendak makan dalam penerbangan,” katanya.