Gara-gara pemandu treler bersila atas jalan…

Foto Tangkap Layar Media Sosial

KAJANG: Kilometer 290 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini sesak angkara seorang pemandu treler duduk bersila di tengah jalan.

Polis kini menyiasat kejadian lelaki duduk bersila di itu yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya mengesan video tular dikongsikan pemilik akaun Facebook pada petang Sabtu.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 12.30 tengah hari Khamis lalu dan lelaki bekenaan dipercayai pemandu treler didapati memarkir kenderaan beratnya di lorong kecemasan.

Katanya, lelaki itu kemudian duduk bersila di lorong pertama di lebuh raya itu tanpa tujuan.

“Situasi itu menyebabkan berlaku kesesakan di lokasi kejadian dan mendatangkan bahaya kepada lelaki itu serta pengguna jalan raya .

“Kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya.

Oorang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243 dan pegawai penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379.