Gara-gara nak bertumbuk, MP Pendang digantung 10 hari

Foto Hiasan

Ahli Parlimen Pendang mewakili Pas, Datuk Awang Hashim digantung kehadiran di Dewan Rakyat selama 10 hari, susulan isu mencabar Ahli Parlimen lain bertumbuk di luar Parlimen, minggu lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, ketika membuat keputusan itu berkata arahan berkenaan berkuatkuasa bermula hari ini, dan ia diputuskan mengikut peraturan Mesyuarat 42 (2).

“Ini keputusan saya bahawa mengikut peraturan mesyuarat 42 (2), saya memerintahkan Pendang untuk keluar dari Dewan selama 10 hari mulai hari ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Johari turut memberi amaran supaya Ahli Parlimen tidak lagi menyebut bahawa Pas adalah Parti Ajaran Sesat selain melabel mana-mana Yang Berhormat sebagai kafir, di dalam Dewan Rakyat.