Ganjaran untuk Tangkap Ikan Patin Muncung

Foto Malaysia Gazette

Ganjaran akan diberikan kepada mana-mana pihak yang berjaya menangkap ikan patin muncung dan menyerahkannya kepada Jabatan Perikanan Pahang.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak, berkata langkah itu bagi membolehkan Jabatan Perikanan mendapatkan induk untuk penghasilan benih baharu bagi memulihkan semula populasi spesies berkenaan.

“Antara ikan yang masuk kelompok kepupusan ialah patin muncung dan amat sukar diperoleh.

“Sebab itu saya seru ahli dewan, kalau ada ikan patin muncung minta supaya serahkan kepada Jabatan Perikanan, kita akan bayar ganjaran,” katanya.

“Kita hendak ikan hidup sahaja sebab kita hendak hasilkan telur dan pendekatan kita hendak benih mesti ada induk,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.